Search This Blog

Friday, July 30, 2010

KARATE ON NEWSPAPER.... HAHA

JOHOR BAHRU- Kelab Ghosin Ryu popular di kalangan pelajar terutamanya di Batu Pahat yang meminati dan mahu mempelajari seni karate.

Ketua pasukan yang juga pelajar tingkatan Enam Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, Yew Chun Eng berkata, kebanyakan ahli kelab terdiri daripada pelajar sekolah yang mempelajari karate sejak kecil lagi.

“Ahli kita kebanyakan daripada pelajar sekolah dan melalui kejohanan yang disertai seperti kejohanan seni mempertahankan diri peringkat kebangsaan, kita dapat mengetengahkan lebih banyak bakat muda yang berpotensi dalam karate,” katanya ketika ditemui baru-baru ini di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor sempena majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Johor ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan.

Sementara itu, Thavaraj Munirajah berkata, penyertaan dalam kelab ini memberinya peluang mempelajari seni mempertahankan diri, sekali gus dapat mengembangkan bakat dalam sukan ini.

“Walaupun saya gagal meraih sebarang pingat pada Sukma di Melaka baru-baru ini, namun saya akan berusaha lebih kuat demi kejayaan di kejohanan akan datang,” katanya.

Beliau merupakan peserta karate yang mewakili Johor pada Sukma Melaka baru-baru ini bagi kategori bawah 60 kilogram.

Katanya, dengan menyertai kelab itu, bakatnya dalam karate dapat dikembangkan lagi dengan latihan yang diberikan oleh jurulatih dan bercampur dengan rakan berbangsa Cina.

“Selain mempelajari karate, saya juga dapat belajar budaya dan bahasa kaum Cina dengan lebih baik, seterusnya menambah kemahiran komunikasi saya,” kata pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Munsyi Sulaiman ini.

2 comments:

Wan Yi said...

wa......teacher u copy the news a?

GTA said...

Yup:-)